An aeroplane wing

An aeroplane wing
Picture taken from flight bound for Hong Kong in 2015

Tuesday, October 11, 2016

Jalan-jalan di Nagahama, Shiga

Oktober 2016

Cuti yg sepatutnya 3 hari berturut-turut tidak menjadi berturut apabila berkerja pada Ahad lepas, maka perjalanan jarak dekat sahaja dipilih utk cuti kali ni.

Nagahama yg terletak di Shiga antara tempat yg tidak pernah dilawati selama ini. Antara tempat yg dilawati kali ini adalah;

Muzium Yanmar, Kurukabe Square. Nagahama Railway Square dan Shizugatake Lift

 1) Muzium Yanmar 

Terletak berdekatan Nagahama Station dan meyediakan tempat letak kereta memudahkan lawatan ke sini. Menceritakan sejarah Syarikat Yanmar yg merupakan antara peneraju utama industri enjin diesel. Yanmar juga adalah penaja utama kelab J1, Cerezo Osaka.
Laman web rasmi (Bahasa Jepun)

2) Kurokabe Square & Nagahama Railway Square  

Stesen kereta api tertua di Jepun yang bangunannya masih kekal, di dalam nya dipamerkan 2 kereta api lama lokomotif. Berdekatan dr sini boleh juga singgah di Kaiyodo Figure Museum dimana figura anime, dinasour dan pelbagai miniature boleh dilihat dan dibeli dari kedai muzium.

3) Shizugatake Lift

30 minit perjalanan menaiki kereta dr Stesen Kereta Api Nagahama, apa yg menarik mengenai tempat ni adalah pemandangan yg dpt dilihat dr atas. Walaupun selepas turun dr lift, terpaksa mendaki lagi sejauh 300 meter, pemandangan dari puncak amat memuaskan. 

Sebagai penutup singgah sebentar di Ho Park, dimana pemandagan matahari terbenamnya adalah antara 100 terbaik di Jepun. 





No comments:

Post a Comment