An aeroplane wing

An aeroplane wing
Picture taken from flight bound for Hong Kong in 2015

Saturday, May 7, 2016

February 2016

Selepas menonton filem usaha sama Jepun-Turki Kainan 1890 (Dlm English: 125 Years Memory) yg mengisahkan mengenai hubungan kedua-dua negara, teringat pula pernah google mengenai Muzium Turki yg terletak di Wakayama. Alang-alang ke Wakayama jd cari la tmpt utk disinggah utk perjalanan 2 hari tersebut.

                       Poster filem dan juga link utk trailer filem: https://youtu.be/59b4214jXlQ

Untuk perjalanan 2 hari ni destinasi yg dipilih adalah seperti di bawah;

DAY1: Shionomisaki Lighthouse, Muzium Turki, Japan-US Friendship Museum dan Shionomisaki Southernmost Point Park
DAY2: Tomogashima (Bekas Kubu Pertahanan Tentera Jepun pd Perang Dunia ke-2)

Top 3 tempat paling menarik utk trip ini adalah:

1. Muzium Turki 
Memaparkan sejarah kemalangan yg menimpa kapal Turki bernama Ertugrul pd 16 Sept 1890. Dalam movie Kainan 1890 juga dipaparkan dgn lebih mendalam mengenai tragedi ini.


2. Shionomisaki Southernmost Point Park
Taman yg terletak di titik paling selatan di Kepulauan Honsyu. 
Shionomisaki Lighthouse juga terletak berdekatan dr sini.

3. Tomogashima
Perjalanan ke pulau ni mestilah menaiki bot dr Jeti Kada selama 20 minit. 
Bekas kubu pertahanan ini adalah tertutup kpd org awam sehinggalah perang dunia ke-2 tamat.

P/S: Untuk ke Tomogashima ni kena check dgn syarikat feri ni dahulu sbb feri ni berlepas bergantung kpd cuaca. Kalau hujan lebat mmg diberhentikan.

Thursday, May 5, 2016

April 2016

Rancangan saat-saat akhir utk ke Busan, Korea Selatan dimulakan selepas pulang dari kerja pada hari Khamis pd 8mlm dan diberitakan tidak perlu utk dtg kerja pada cuti Golden Week. Nk beli tiket utk blk ke Malaysia mmg dah terlambat dan harga tiket KIX-KUL secara direct maybe melambung-lambung tingginya mengalahkan tinggi kapal terbang yg terbang membelah awan.

Pulang ke rumah sambil melayari aplikasi Skyscanner, lokasi ke luar negara yg masih ada tiket perpatutan hanyalah ke Korea Selatan. Sbb 2 tahun lepas dah berpeluang ke Seoul, kali ni ke Busan pilihan yg ada. Selepas membuat tempahan penerbangan di Skyscanner dan hostel di Expedia bermulalah perancangan selama 4hari 3malam ke Busan.

Bagi memastikan trip kali ni berjalan lancar bbrp plan diteliti secara mendalam oleh disebabkan dua faktor iaitu x blh ckp korea dan x nk sewa pocket-wifi jd cara nya seperti berikut;

  • Periksa cuaca selama 4 hari sekali gus dan pastikan aktiviti luar tidak di plan pd cuaca hujan
  • Hotel/hostel mestilah terletak dkt dgn subway mahupun bus stop
  • Bookmark tempat yg hendak dilawati di Google Map (Google Map x perlukan internet utk paparkan tmpt yg telah dibookmark dan dgn mengaktifkan location kita hanya perlu perpandukan titik biru di map dan ikt arah ke tempat yg telah dibookmark )
  • Selain bookmark di map, tuliskan nombor exit di subway dan juga nombor bas yg perlu dinaiki utk ke destinasi
  • Bahagikan destinasi yg sama bandar atau kawasan di hari yg sama bagi menjimatkan masa dan wang utk pengangkutan. 
Untuk 4 Hari, tempat yg berpeluang dilawati adalah seperti dibawah;

DAY1: Al-Fatah Mosque, Busan Tower, Busan International Film Festival Square
DAY2: Gamcheon Cultural Village, Shinsegae Centum City, Haeundae Beach
DAY3: Taejongdae, Oryukdo Skywalk
DAY4: Busan Modern History Museum

Top 3 utk tempat yg mesti dilawati jika ke Busan adalah;

1. Al-Fatah Mosque
                           Satu-satunya masjid di Busan di tingkat bawahnya ada kedai kebab halal.                              (Direction: Subway Line 1 Dusil Station) 


2. Gamcheon Cultural Village
Daripada antara perkampungan termiskin di Busan kini menjadi tarikan pelancong dr seluruh dunia. 
(Direction: Subway Line 1 Toseong Station⇒Bus No 2 or 2-2)


3. Taejongdae 
Pemandangan yg cantik dan pada cuaca yang cerah blh nampak Pulau Tsushima, Jepun
(Direction: Subway Line 1 Busan Station ⇒ Bus No. 88


Oleh kerana post akan jadi terlalu panjang maka, post ini berakhir di sini.
Post berikutnya akan diperkenalkan pula bandar-bandar di Jepun mahupun bandar di Asia Timur yg lain pula.