Cuti yg sepatutnya 3 hari berturut-turut tidak menjadi berturut apabila berkerja pada Ahad lepas, maka perjalanan jarak dekat sahaja dipilih utk cuti kali ni.
Nagahama yg terletak di Shiga antara tempat yg tidak pernah dilawati selama ini. Antara tempat yg dilawati kali ini adalah;
Muzium Yanmar, Kurukabe Square. Nagahama Railway Square dan Shizugatake Lift
1) Muzium Yanmar
Laman web rasmi (Bahasa Jepun)
2) Kurokabe Square & Nagahama Railway Square
Stesen kereta api tertua di Jepun yang bangunannya masih kekal, di dalam nya dipamerkan 2 kereta api lama lokomotif. Berdekatan dr sini boleh juga singgah di Kaiyodo Figure Museum dimana figura anime, dinasour dan pelbagai miniature boleh dilihat dan dibeli dari kedai muzium.
3) Shizugatake Lift
30 minit perjalanan menaiki kereta dr Stesen Kereta Api Nagahama, apa yg menarik mengenai tempat ni adalah pemandangan yg dpt dilihat dr atas. Walaupun selepas turun dr lift, terpaksa mendaki lagi sejauh 300 meter, pemandangan dari puncak amat memuaskan.
Sebagai penutup singgah sebentar di Ho Park, dimana pemandagan matahari terbenamnya adalah antara 100 terbaik di Jepun.